Profil Syarikat


"Puteri Ayu: Resepi Warisan Bonda"

PJ FOODS INDUSTRIES SDN BHD merupakan kilang memproses rempah, premix, pes masakan dan tepung goreng. Ianya merupakan syarikat 100% milik bumiputera yang telah berdiri teguh hampir separuh dekad.

PJ Foods Industries diterajui oleh pengarah syarikat wanita iaitu Puan Norehan bt Hj Mohd Nor. Seiring dengan trademark syarikat, beliau mendapat ilham mencipta produk jenama makanan sendiri daripada resepi ibu beliau sendiri.


Bermula dengan perusahaan kecil di Peramu Jaya, Pekan, kini beliau sudah mempunyai kilang sendiri yang beroperasi di Bandar Indera Mahkota, kuantan, Pahang. Kilang ini mempunyai kelengkapan yang cukup dalam membekalkan produk kepada anda.

Bagi memastikan produk yang dikilangkan mencapai kelayakan kualiti dan mutu, syarikat ini telah berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di mana pihak kami telah memperoleh sijil HALAL dan MeSTI. Tambahan lagi, PJ Foods juga turut menjadi anak angkat di bawah sokongan MARDI.







Comments