Hari ke-empat berpuasa dah tkde idea untuk hidangan juadah berbuka? Pergi bazar, hari-hari lauk-pauk yang sama sampai dah rasa bosan.
Masak sendiri kat rumah lagi puas daripada beli di bazar. Tapi.. nak sediakan bahan-bahan tentu sangat leceh lebih-lebih lagi bagi yang berkerjaya.
Puteri Ayu ada menyediakan rempah yang mudah, lazat serta cepat untuk dihidangkan. Hari ini, saya akan berkongsi kan cara-cara memasak Rendang Ayam dengan menggunakan Rempah Rendang Puteri Ayu.
|
Rempah Rendang keluaran Puteri Ayu; kiri- Pek Kecil 52 gm, kanan-Pek Besar 250 gm
BAHAN-BAHAN:
26 gm Rempah Rendang Puteri Ayu 600 gm Ayam/ Daging 1 kotak santan kecil (200 ml) 1 sudu besar kerisik 10 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 2 batang serai (dititik) 1 inci lengkuas (dititik) 1 inci halia sedikit asam jawa 2 helai daun kunyit dimayangkan
CARA MEMASAK:
1. Bawang merah, bawang putih dan halia dimesin.
2. Kemudian, masukkan rempah rendang dan gaulkan rata.
3. Panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumiskan bahan tadi sehingga garing.
4. Masukkan daging/ ayam, santan, serai, lengkuas dan asam jawa.
5. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan kerisik. Kemudian, masukkan daun kunyit.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Hidangan akhir ..😋
Cuba lah dulu. Pasti nak lagi.
|
#rendang #mudah #cepat #sedap #puteriayu #rendangayam #rendangdaging
Comments
Post a Comment